Wednesday, July 11, 2012

Ilmu dan Dakwah,,,sama-sama penting =)

As salam,,,

Alhamdulillah.Dpt lg ak menulis entry yg seterusnya.Hari ini ak x thu na tulis apa.Bukan apa sbb bnyk sgt idea na tulis tjuk apa.That's why otak ni jd kabut skit.Tp seboleh2nya of course na tulis something yg dpt memberi manfaat kpd yg laen and to myself.Mungkin tjuk yg ak na tulis hari ini double maknanya ad dua tajuk dalam satu post.Harap sume dpt membaca dgn penuh kesabaran ye,senyum tiga! =3 Ak teringat lagi meeting pertama x salah ak,utk "KARIM",Ustaz Hazrin ada mengingatkan yg "manusia yg baik adalah manusia yg dpt memberi manfaat kpd yg lain".I am touched with those sentence and from that moment i remember that verse very much.Thank you to Ustaz =)

Apa yg ak na tulis hari ni berkaitan dgn apa yg ak baca baru2 ni.Bila ak bace berulang2 kali,ak mesti fikir ,adakah ak seorang yg mcm tu? Ap yg perlu kita buat utk menangani masalah sebegini? Takut pun ad gak but at the same time,it was a truth that we have to realize in fact it was happening nowdays.It enough to terrified me actually.Ayat dia berbunyi begini...

"Terkadang kita hanya membahaskan perkara yang berbentuk teori sehinggakan melupakan praktikal.Maka jadilah kita orang yang hanya pandai beretorik tanpa menghiraukan masalah membarah di hadapan mata yg menyanggah ilmu kita.Tujuan kita mempelajari ilmu aqidah adalah untuk mengenali serta membenarkan segala apa yg dtg dari ALLAH SWT seterusnya menyeru umat sedunia agar berpegang dgn keyakinan tersebut.Namun kini apa yg berlaku kebanyakan ahli agama terlalu asyik berbahas,lupa di hadpan mata terdapat golongan yg menyanggah matlamat mendaulatkan ketuanan islam."

"Sibuk berbahas,malah ada yg sanggup bergaduh mengenai cabang aqidah.Pada masa yang sama lupa akan tugas yg perlu dibuat demi menterjemahkan aqidah tersebut."

"Buat masa kini kita hanya cemerlang di dalam perbahasan berkenaan istilah,mahir dalam kajian ilmiah.Tetapi kita keciciran satu aspek penting iaitu praktikal yang dijadikan matlamat utama dalam perbahasan aqidah."

Imam Al-Ghazali mengatakan :
"Ketahuilah bahawa perdebatan yg bertujuan untuk menang,membesar diri,menonjolkan diri,menzahirkan kelebihan,menampakkan kemuliaan serta perhatian org lain dgn hanya ingin menconteng arang di muka pihak yang lain pada masa yg sama berhasrat menzahirkan kelebihan serta kebaikan diri sendiri di mata manusia merupakan punca segala keburukan akhlak di sisi ALLAH SWT.Penyakit ini sgt disukai Iblis."

Imam Abi Muhammad Ibnu Qutaibah telah menegaskan : 
"Sesungguhnya penuntut ilmu pada waktu dahulu mendengar untuk belajar,belajar untuk beramal,mendalami agama ALLAH SWT untuk dimanfaatkan dan dimanfaatkan.Namun apa yg berlaku sekarang,penuntut ilmu mendengar hanya untuk mengumpul ilmu.Ilmu tersebut semata-mata digunakan untuk perbahasan.Dengan itu mereka inginkan kemenangan dalam perbahasan malah berbangga dengan "kejayaan" itu."

Pertama-tama sekali,mari kita berdoa agar kita dijauhkan daripada penyakit sebegini dan moga ALLAH SWT guide kita pada jalan kebenaran.

 
"Guide us to the straight path"
"Tunjukilah kami jalan yang lurus"
(1:6)

Daripada ayat2 yg berada kat atas tu,ilmu tu adalah satu perkara yg "suci".Jangan mencemarkannya dgn melakukan perkara2 yg tak baik terhadap ilmu tersebut.Daripada "putih" jadi "hitam".Daripada "cantik" jadi "buruk".Daripada "wangi" jadi "busuk".Mengumpul ilmu itu adalah sangat penting.Tak kisah la ilmu ap pun asalkan bermanfaat dan yg paling penting ilmu agama.Pernah tak korang rase kecewa ataupun rasa down sebab tak ada sape like status anda yg bercirikan islamik atau bercirikan lawak ataupun bercirikan kata2 hikmah? Haaa,,,ATAUPUN pernah tak anda rse happy sgt dan bangga bila ramai org yg like status anda x kisah la status anda bercirikan apa2 pun? Haaa,,,Jaga2 dgn hati anda,syaitan sedang cuba menggoda anda.Dengan cara ap? Dengan cara berasa riak bila ada lebih dari sepuluh org like status anda?

Ada juga pernah ak tgk org berdebat kat FB.Emm,,,fenomena ni da bnyk kali ak nmpak dan baca.Ada yg baik dan ad yg juga x baiknyer.Seolah2 na menunjukkan ilmu yg ada di otak masing2.Ada jugak yg mengalah or cari kata sepakat.Alhamdulillah.Dan juga sebaliknya.Ada juga yg susah betul na berhenti meng"komen".Tak thu la bila nak benti.Dua2 ego.Ada sorang sokong yg satu pihak ni,ada org sokong yg satu pihak yg lain pulak.Ada juga yg amik perkara kebaikan di antara dua pihak ni.Pastu timbul pulak kes menyalah-nyalahkan pihak2 ni.And then komen jadi panjang lebar pastu tgk brape ramai yg like comment tu.Itulah antara "drama" dalam FB.Dah surut naik balik.Hal ini sahaja mengambarkan bahawa manusia itu pelbagai.Seperti pepatah melayu,"Rambut sama hitam tapi hati lain-lain".

Imam Syafi'i pernah berkata :
"Apabila aku berbincang dengan seseorang,tiada apa yg aku suka melainkan berusaha untuk bersepakat,menutup punca perselisihan dan membenarkannya.Keadaan ini menjadikan perbincangan tersebut sentiasa dalam pemeliharaan dan naungan ALLAH SWT.Dan aku tidak kisah sedikit pun ALLAH SWT menjadikan yg benar itu dari lidahku,mahupun dari lidahnya."

Sebenarnya,apa yg berlaku seperti perbezaan pandangan itu telah pun ditentukan.Ini merupakan salah satu fitrah yg tercipta untuk manusia.Tidak mungkin untuk menghapuskan sifat manusia yang ini kecuali dua2 pihak mengambil kata sepakat.

"And if your lord had willed,He could made mankind one community,but they will not cease to differ"
"Jikalau tuhanmu mengehendaki,tentu Dia menjadikan manusia umat yg satu,tetapi mereka sentiasa berselisih pandangan."
(11:118)

Ak da lama na menyuarakan pandangan ak tp ak ni bukan jenis yg berani sgt dan ak sgt terlalu memegang konsep,"Cermin diri dahulu sebelum "memberi cermin kpd org lain" (ak thu ayt ni mcm tak berapa nak betul tp maksud dye simple and the idea just one).Maksud dye kat sini ialah sebelum na tegur org lain,silalah tgk diri dulu.Perbetulkan diri dulu sebelum memperbetul diri org lain.Yup,ak sgt setuju pada konsep ini.Tapi kalo difikirkan balik,konsep ni seharusnya digunakan dgn cara yg bersederhana.Bukan sampai membuatkan diri kita berdiam selama yg mungkin dalam menegakkan hal kebenaran.Inilah salah satu punca org takut nak berdakwah,menegur org lain yg buat salah sbb tkut ditegur balik.Banyak kali dah org terjebak dalam situasi macam ni kan? Bila kite na tgur org yg buat salah,ada kemungkinan besar utk org tu jwb besar mcm ni,"ko igt ko tu bgus sgt ke nak nasihatkan org ni? Ape ko igt ko ustaz? Ustazah? Alim ulama? Diri sendiri pun terkontang kanting." ATAUPUN "Ko jgn ingat ko pkai tudung labuh,ko bgus sgt na bg tazkirah kat org ni" (yg ni mmg HOT betul!) ATAUPUN "Buat ap nak dgr nasihat ko sedangkan diri ko tu yg masih x menutup aurat? Ingat ko da bgus sgt la??".

Wahai hamba2 ALLAH yg sy sayangi sekalian,sy betul2 sygkan anda.Dalam berdakwah ataupun dalam ayat yg lain iaitu mengajak org berbuat kebaikan tak pernah pula sy mendengar bahawa syarat nak mengajak org berbuat kebaikan ni ialah org tersebut mestilah perfect in every aspect.

Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan : "Para ulama menyatakan bahawa tidak disyaratkan pada org yg mengajak kebaikan atau org yg mencegah pada kemungkaran untuk mencapai kesempurnaa dalam segala hal."

Menutup aurat dgn sempurna atau tidak sempurna itu satu hal yg lain.Sama juga dgn akhlak2 yg lain.Itu merupakan satu hal yg lain yg masih perlu diperbaiki pada masa yg sama.Islam tetap ISLAM.Dakwah tetap DAKWAH walaupun diri anda masih lagi tidak sempurna.Tokoh ulama kontemporari,Habib Umar bin Hafiz berkata,"Yang wajib atas kita semua adalah menjadi daie dan bukan diwajibkan kita menjadi kadi dan mufti.".Tetapi apabila ingin menyampaikan kebaikan,tetapkan niat dan ingatlah dua perkara ni iaitu,mengajak dirinya sendiri dan mengajak org lain.Insy-ALLAH.

Imam Ahmad pernah ditanya,"Apakah seseorang hamba tetap begitu sahaja (pasif dan beku) sehinggalah dirinya berasa benar2 sempurna,kemudian dia mahu berdakwah di jalan ALLAH?" Jawab beliau:"Wah,siapakah org (di dunia ini) sempurna?

Hakikatnya,tiada siapa yg sempurna dalam dunia ini.Hanya ALLAH saja yg perfect.Kalo semua org nak tunggu perfect,maka dalam dunia ni semua org sibuk dgn aktiviti masing2 yg mana ingin memantapkan diri sendiri supaya jadi sempurna dan kerja2 untuk mengajak pada kebaikan diabaikan.Nak ke macam tu? Setiap insan mempunyai baik dan buruk.Mungkin kita nampak org tu indah belaka,macam senang je hidup dye.Tetapi kita x pernah thu ap yg pernah dye alami? Yg kita nmpak itu hanyalah luaran semata-mata.Kita tak ada kuasa na baca2 hati org ni.Itu kuasa ALLAH.Itu kerja ALLAH.

"O you who have believed,why do you say what you do not do!"
"Wahai orang-orang yg beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukan!
(61:2)

"Great is hatred in the sight of ALLAH that you say what you do not do"
"Amat besar kebencian di sisi ALLAH,kamu memperkatakan sesuatu perkara yg tidak kamu melakukan"
(61:3)

Ramai yg pernah dgr ayt suci Al-quran di atas ni di mana ALLAH sgt benci jika org yg menyuruh berbuat kebaikan itu sendiri x buat ap yg dia suruh org lain buat.ALLAH benci,sape x tkut? ALLAH murka lagi la tkut.Ingatlah,ayt ni suruh kita muhasabah diri.Bukan untuk menghindarkan diri kita terus untuk tidak mengajak org lain berbuat kebaikan walaupun diri kita masih x melaksanakan lagi.That's why masa kita nak tegur sesiapa sahaja,tetapkan niat."Ak na berdakwah ni adalah untuk diri sendiri ak jugak,dan ak akn cuba memperbaiki diri selepas ini dan cuba ikut ap yg ak sendiri ckp dan utk org lain juga,jauhkan ak dari ak  bersifat riak dan takbur dan ujub,insy-ALLAH,aamiin."

Dari Anas r.a berkata,kami bertanya : "Ya Rasulullah kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan kami tidak akan mencengah kemungkaran sebelum kami meninggalkan semua kemungkaran."

Maka nabi s.a.w bersabda,"Tidak bahkan serulah kepada kebaikan meskipun kalian belum mengamalkan semuanya, dan cegahlah dari kemungkaran meskipun kalian belum meninggalkan semuanya." 
(HR.Thabrani).

Imam Hasan Al-basri:
"Sesungguhnya aku sedang menasihatimu,bukanlah bereti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.Bukan juga yg paling soleh dalam kalangan kamu,kerana ak juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.Seandainya seseorang itu hanya dapat melakukan dakwah apabila dia sempurna,nescaya tidak akan ada pendakwah.Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."




P/S : Maafkan sy klo ada terkasar bahasa atau tersalah dalam penulisan ini.Dialu-alukan bg sesiapa yg mahu menegur dgn penulisan sy yg x seberapa ni.Jazakumullah khairan katsiran =)



No comments:

Post a Comment