Sunday, July 22, 2012

Tinta kepada hati,,,


Mengeluh,,,
Menangis,,,
Merenung,,,
Membisu,,,
Memikir,,,
Mengadu,,,
Wahai sang hati,
Apa lagi yang kau mahu?
Tidak cukupkah selama ini,
Kau memberikan secebis hatimu,
pada yang bukan tempatnya?
Apa lagi yang kau mahu?
Luka mana lagi yang kau mahu tanggung?
Kau di tipu,kau diperdaya,,,
apakah kau sedar semua itu?
Kau tahu betapa peritnya,
Tapi mengapa kau masih lagi mengharap?
mengharap pada yang bukan tempatnya,,,
Sedarlah wahai hati,,,
Tuhan Yang Maha Esa itu sedang melihatmu,
Tuhan Yang Maha Esa itu sedang menilaimu,
Sejauh manakah nilai cintamu terhadap-NYA,
Kembali lah,,,
Kembali lah,,,
Menuju ke jalan-NYA,,,
Kejar lah tuhanmu itu,
Selagi mana yang kau mampu.



p/s : aku juga manusia biasa,yang mempunyai hati dan perasaan.Aku tuju kan puisi in khas buat diriku dan kpd sesiapa saja yg membaca.Pesanan buat diriku dan juga teman2 ku.Jgn terlalu percaya pada cinta manusia.Jgn terlalu mengharap pada yang bukan tempatnya.Jgn terlalu percaya pada janji2 manis manusia.Di kala hati resah,sayu,kembali lah kpd-NYA.Pada-NYA janji itu pasti.Setia dan cinta-NYA kpdmu tiada berbelah bagi.Waallhualam.


No comments:

Post a Comment