Thursday, August 16, 2012

Antara Puasa & Raya


As salam,,,,

Ramadan hampir berlalu pergi,sedih,,,bagaikan anak yang ingin menyambungkan pelajaran di luar negara,terpaksa meniggalkan tanah air dan keluarga tercinta untuk suatu tempoh yang panjang.Sepanjang tempoh itu si anak berusaha menuntut ilmu dalam menggapai sebuah kejayaan.Untuknya ketemu keluarga tercinta itu belum pasti kerana ketentuan Illahi itu sangat kuat,tiada siapa boleh menduga apa yang bakal terjadi pada masa yang akan datang.

Itulah antara analogi yg boleh saya ketengahkan.Adakah masih boleh bersua lagi untuk si anak berjumpa dgn keluarganya.Sayu bukan jika memikirkan hal itu.Sepanjang ramadan ini saya percaya,kebanyakkan daripada kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari pahala dengan berbuat sebanyak amalan yang mungkin.Mana tidak,bulan ramadan adalah bulan dimana pahala sunatnya diberi ganjaran seperti pahala fardu.Masy-ALLAH.Hebat bukan? Tapi apabila tamat tempoh itu,adakah kita masih lagi boleh bersua untuk ramadan yag akan datang? Waallahualam.Jadi dengan baki-baki hari ramadan yang ada ini,marilah kita memanfaatkannya.Tiada istilah lambat dalam mengejar pahala yakni "mengejar" ALLAH.

"Dari Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, karena akan berlalunya Ramadhan, dan juga keistimewaannya. Ini merupakan musibah bagi umatku.”
Kemudian ada seorang sahabat bertanya, “Apakah musibah itu, ya Rasulullah?”
“Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya, dan siksaan kubur terkecuali, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?”
Ketika mereka memasuki detik-detik akhir penghujung Ramadhan, air mata mereka menetes. Hati mereka sedih."
Tetapi jangan ingat bulan ramadan ini sahaja kita bersungguh-sungguh.Bulan lain sekadar biasa-biasa.Contohnya,bukan bulan ramadan sahaja pembacaan al-quran itu dilansungkan malah ia perlu dilakukan setiap hari tidak kiralah bulan apa sekali pun,pembacaan al-quran itu tetap perlu diteruskan mengikut kemampuan masing-masing.Selain itu kita juga perlulah bertadabbur ayat-ayat suci Al-quran.Hal ini supaya kita dapat mengingatkan diri kita tentang siapa itu ALLAH,kisah-kisah umat terdahulu dan pengajarannya dan sebagainya.Insy-ALLAH.



Haa~ itulah prolog pendek yang ak wat sempena akhir ramadan ni.Tapi ramai je yg kurang sedih da,ala maklumlah raye na dekat...tak salah pun na bergembira,tp biarlah berpada-pada =)

Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:
“Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Raya-raya gak,tp jgn sampai lupa pada tuhan.Tiada salah untuk berhibur dalam islam selagi mana tidak berlebihan.Macam mane pulak dgn ak? Hmm,,,raya thn ni bg ak agak berbeza,sbbnyer ni first time ak beraya di rumah baru,so x banyak la jenjalan ke sana sini sbb dekat dgn kampung.Satu lagi sbb lepas je raya,persediaan nak masuk U pulak~ senyum tiga! =3

Moga ramadan kali ini menjadi sesuatu yang bermakna buat kita sume.Kalo rase mcm x berkesan ramadan kali ni,,,insy-ALLAH,berdoalah untuk berjumpa ramadan yg seterusnya.Berterima kasihlah kepada ALLAH selalu kerana mengurniakan nikmat yang tak terhingga.Nikmat bernafas,nikmat perasaan gembira,nikmat makan,,,ya,nikmat tu =D Bila kita sentiasa bersyukur dgn nikmat yg ALLAH beri,maka insy-ALLAH setiap apa yg kita buat dalam kehidupan kita,sentiasa ALLAH itu di minda kita.Terasa cinta mula berputik~ aiwahhhh!

P/S: Jgn lupa untuk memohon keampunan kepada ALLAH juga,,,ALLAH suka bila mana hamba2-NYA sentiasa meminta2 kepadanya.



No comments:

Post a Comment