Sunday, August 26, 2012

Kawan dan Kekasih


As salam,,,
"Berkawan biar beribu,
 Berkasih biar satu"

Haa,tu dia,,,mesti penah dengar kan pepatah melayu ni =) kat dalam iklan radio dulu ada x silap ak.Masa first time dengar,excited,betul jugak tu.Berkawan takpe kalau ramai,lagi bagus sebenarnya,TAPI ada juga tak bagus sebenarnyer,,,.Berkasih memang kene satu je,,,baru la setia namanya.Walau apa2 pun,intepretasi setiap manusia itu berbeza.Ada yang kata,"Berkawan dan berkasih tu biar seribu!" Tak tahu la kan,makna itu boleh dipelbagaikan.Macam na bagi hujah dalam bab2 agama ni,cannot stick to one "kitab" only.We have to considered the others "kitab" too.Kene jugak tgk pandangan orang lain.Baru la adil dan memudahkan bagi sesetengah perkara =) 

Aku pun ada pandangan ak tersendiri.Bagi ak,berkawan itu "perlu" ramai sebab pertama2 skali untuk mencari pengalaman.Pengalaman hidup ke,pengalaman kerja ke,pengalaman bercinta ke,pengalaman belajar ke.Kita boleh tahu macam mana orang lain menghadapi saat2 tertentu dengan bercerita kat kita.Daripada situ kita boleh ambil iktibar dan gunakan dalam kehidupan kita akan datang.Tetapi,haa,ada satu lagi pepatah nak disebutkan lagi,,,

"Buang yang jernih,
 ambil yang keruh"

Jangan la melulu je kalo na ambil iktibar tu.Kene tengok keadaan sekeliling.Sesuai ke tidak? Boleh ke tidak? Perlu ke tidak? Consider every aspects.Yang kedua ni more to personal reason la,sbb boleh g jenjalan sana sini ye dak? hehe~ Mean ada setiap negeri tu ada la kawan kan,senang skit kalo na mintak tolong in case kalo na vacation kat sane ke~ huhu :) Lepas tu boleh belajar cakap dialek dyorang.Tambah ilmu lagi ye dak?   
senyum tiga! =3 Boleh tahu budaya kat sana macam mana? makanan apa yang femes? Kan seronokkkkk tu,,,,yeayyy =D Kalo ada kawan overseas lagi la best,bnyk bnde boleh thu,,,bnyk bahasa boleh thu^^

Yang ketiga,dpt berlatih skill communication.Insy-ALLAH,kalo kite ramai kawan,kita akan tahu mcmne nak "berbicara".Boleh jadi peramah kalau yg sebelum ni kurang peramah ke or kalo sebelum ni pemalu ke.Bila kita da kenal ramai orang ni,actually kalo kite pandai tackle sikit,kita boleh tahu personaliti orang tu macamna.Walaupun takdela 100% accurate tapi at least we can adjust setting keadaan tu.Kalau orang yang macam ni,lain caranya kalau na borak2 ni.Kalau orang yang macam ni pulak,lain caranya.It may sound like "selfish" when doing all of this sort of things.But,not all "selfish" things are bad.In living,you will need skills to survive.

Tapi ada syaratnyer jugak dalam mencari kawan yg "beribu" ni.Paling penting kene la cari kawan yang BAIK.Baik mcm mano pulak la tu kan? Baik dari segi akhlak,percakapan,perbuatan,,,,insy-ALLAH,,,kita pun jadi baik.

Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan : ” Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”
Syarat-syaratnya ialah :
1. Orang yang berakal : Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh : Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia : Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya : Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.


Ada tetapi lagi,,,ni adalah garis2 panduan dalam mencari kawan.Jangan la pulak bile kita nampak orang yg x selari dengan panduan ni,kutuk situ,kutuk sane,mentang-mentang la dye "kurang baik",kite pun hentam dia habis2 tanpa memberi peluang.Mungkin kita boleh ajak dia buat aktiviti2 yang berfaedah,memberi nasihat,,,atau senang citer,mengajak kepada kebaikan.Kan indah bersahabat itu =) Maka tak terhenti la dakwah kite,masih berterusan dengan wadah yang berlainan tetapi efektif.Insy-ALLAH^_^

Yang seterusnya~ mudah2an kalau kite memperluaskan skop jaringan sosial kita,mungkin kita boleh jumpa jodoh kita.Insy-ALLAH,,,dengan izin ALLAH =) Ini merupakan salah satu usaha selain memperbaiki diri.Orang kata jodoh akan datang sendiri,ye,setuju tapi bukan lah dengan duduk tak buat apa2.Memang tak datang la.Mcm duit.Kita nak duit,tapi x kerja.Mcm mane tu?? Usaha takde.Hasil pun tiada.

"Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya."
(Ar-Rad:11)

Lain pulak kalau nak berkasih ni.Sebenarnyer,berkasih ni luas maknanya.Boleh jadi kekasih,boleh jadi perasaan kasih sayang.Untuk kekasih,biarlah satu =) Tetapi untuk berkasih-sayang ni yakni perasaan perlulah disebarkan kan~~ Terutama skali pada ahli keluarga kite,itu penting.Second,comes friends.Third,masyarakat sekeliling.Dan cara nak sebarkan kasih sayang tu bukan dengan hanya BERCAKAP sahaja.There are many ways to express love~ Maybe by giving things,maybe by helping others,maybe by treat something for them,maybe by body languages.Depends on the situation=)

Tapi kalau kekasih yang satu ni,special sikit,,,huhu~ kekasih di sini bermaksud yang halal ye.Iaitu husband or wife=) Sebabkan xde pengalaman kawen lagi,so x thu sgt la kan.Cuma nak beritahu,terutama sekali perempuan,termasuk la saya,bila kita na cari suami,kene cari yang betul2 fhm akan tanggungjawab seorang suami,baru pandai jaga isteri.Perempuan,once dah kawin,itulah kekasih sehidup semati dia.Kene layan dengan penuh kasih sayang,kene lemah-lembut,baru sayangggg~ Lelaki,kalo da jalan sekali,ada lagi tiga kosong.TETAPI diingatkan kpd kaum Adam,itupun kalau anda yakin yg anda dpt berlaku adil.ITU PENTING! Jgn ingat na seronok je~(Amaran yg keras! tetapi lembut~^_^) 



Dan ingatlah,kekasih yang paling utama skali adalah ALLAH.Kerana-NYA,kite diberi rasa cinta,kerana-NYA,kite diberi rasa kasih syg.Kerana-NYA,kite dikurniakan someone yg akan bersama kita sampai akhir hayat kite=)Walau apa2pun yg kite lakukan,ingatlah ALLAH sebanyak2 yang mungkin.Insy-ALLAH,,,"meletup" cinta tu<3 div="div" nbsp="nbsp">

P/S: Another 5 days before going to Sarawak =)

No comments:

Post a Comment